Saturday 28 January 2017

La Adri.

http://laadri.tumblr.com/

La Adri.

https://laadri.wordpress.com/

Al Fatihah.


3 Qul.




Rezeki.


Guru.


Masa depan.


Ilmu.

*Sesungguhnya mati jasad kerana roh, mati roh kerana tiada ilmu, mati ilmu kerana tiada  amal, mati amal kerana tiada istiqomah, menuntut ilmu adalah Taqwa ..menyampaikan ilmu adalah ibadah ..Mengulang ilmu adalah zikir ...mecari ilmu adalah jihad ..*

*Imam Al- Ghazali ..*

La Adri.

🍁🍀🍁🍀🍁🍀🍁
🍀NASIHAT AGAMA🍀
 🍁🍀🍁🍀🍁🍀🍁


*JAUHI FATWA TANPA ILMU*

Seorang muslim mesti berhati-hati untuk berfatwa, memberi pandangan terhadap agama, atau menyampaikan hukum,jangan cuba menjawab semua pertanyaan yang dilontarkan. Jangan rasa malu untuk mengatakan "ﻻ ﺃﺩﺭﻱ"/ "la adri" atau "saya tidak tahu" jika kita tidak mngetahui hukum dan permasalahannya.

🔹Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ bersabda:

*"من أفتى بغير علم لعنته ملائكة السماء والأرض"*

Mafhumnya: _*"Barangsiapa berfatwa atau menyampaikan hukum agama tanpa didasari ilmu yang benar maka dia akan dilaknat oleh para malaikat yang berada di langit dan di bumi"*._ [Diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn ^Asakir dalam kitabnya _Tarikh Ibn ^Asakir_, 52/20].

🔸Sayyiduna ^Ali ibn Abi Tolib ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ berkata:

*"وابردها على الكبد أن أسأل عن شيئ لا علم لي به فأقول لا أدري"*

Maknanya: _*"Alangkah tenangnya hati ketika aku ditanya tentang sesuatu yang tidak aku ketahui, lalu aku jawab: "Aku tidak tahu (la adri)""*._ [Diriwayatkan oleh al- Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani dalam takhrijnya ke atas kitab _Mukhtasor Ibnil-Hajib al-Asli_, j. 1, hlm. 15]

🔹Diriwayatkan daripada Haytham ibn Jamil (murid al-Imam Malik) bahawa *al-Imam Malik pernah ditanya tentang _48 masalah_, beliau hanya menjawab _16 pertanyaan_ dan selebihnya beliau mengatakan: _"Saya tidak tahu"_.* [Diriwayatkan oleh Ibn ^Abdil-Barr dalam kitabnya _al-Tamhid_, j. 1, hlm. 58]

📌Boleh kita bayangkan orang yang semasyhur dan sealim Sayyiduna ^Ali dan al-Imam Malik pun mengatakan; _"Saya tidak tahu"_, maka bagaimana dengan kita? Keilmuan kita jauh lebih rendah daripada al-Imam Malik dan apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan Sayyiduna ^Ali. Justeru, kenapa kita mesti memaksa diri kita untuk jawab pertanyaan jemaah sementara kita tidak tahu jawapan yang sebenarnya?                  
📌Jangan merasa malu ketika mengatakan; _"Saya tidak tahu"_ di hadapan jemaah. Ini kerana fatwa dan hukum yang anda sampaikan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Zikir.

" Zikir itu bukan membilang-bilang tasbih. Zikir itu juga bukan juga laju atau lambat. Hakikat zikir itu adalah mengingati Allah. Memandang Allah. Hakikat zikir itu adalah, yang memberi kesan kepada hati. "

[ Ibn Al-Muari ]