Saturday 28 January 2017

La Adri.

🍁🍀🍁🍀🍁🍀🍁
🍀NASIHAT AGAMA🍀
 🍁🍀🍁🍀🍁🍀🍁


*JAUHI FATWA TANPA ILMU*

Seorang muslim mesti berhati-hati untuk berfatwa, memberi pandangan terhadap agama, atau menyampaikan hukum,jangan cuba menjawab semua pertanyaan yang dilontarkan. Jangan rasa malu untuk mengatakan "ﻻ ﺃﺩﺭﻱ"/ "la adri" atau "saya tidak tahu" jika kita tidak mngetahui hukum dan permasalahannya.

🔹Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ bersabda:

*"من أفتى بغير علم لعنته ملائكة السماء والأرض"*

Mafhumnya: _*"Barangsiapa berfatwa atau menyampaikan hukum agama tanpa didasari ilmu yang benar maka dia akan dilaknat oleh para malaikat yang berada di langit dan di bumi"*._ [Diriwayatkan oleh al-Hafiz Ibn ^Asakir dalam kitabnya _Tarikh Ibn ^Asakir_, 52/20].

🔸Sayyiduna ^Ali ibn Abi Tolib ﺭﺿﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻪ berkata:

*"وابردها على الكبد أن أسأل عن شيئ لا علم لي به فأقول لا أدري"*

Maknanya: _*"Alangkah tenangnya hati ketika aku ditanya tentang sesuatu yang tidak aku ketahui, lalu aku jawab: "Aku tidak tahu (la adri)""*._ [Diriwayatkan oleh al- Hafiz Ibn Hajar al-^Asqalani dalam takhrijnya ke atas kitab _Mukhtasor Ibnil-Hajib al-Asli_, j. 1, hlm. 15]

🔹Diriwayatkan daripada Haytham ibn Jamil (murid al-Imam Malik) bahawa *al-Imam Malik pernah ditanya tentang _48 masalah_, beliau hanya menjawab _16 pertanyaan_ dan selebihnya beliau mengatakan: _"Saya tidak tahu"_.* [Diriwayatkan oleh Ibn ^Abdil-Barr dalam kitabnya _al-Tamhid_, j. 1, hlm. 58]

📌Boleh kita bayangkan orang yang semasyhur dan sealim Sayyiduna ^Ali dan al-Imam Malik pun mengatakan; _"Saya tidak tahu"_, maka bagaimana dengan kita? Keilmuan kita jauh lebih rendah daripada al-Imam Malik dan apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan Sayyiduna ^Ali. Justeru, kenapa kita mesti memaksa diri kita untuk jawab pertanyaan jemaah sementara kita tidak tahu jawapan yang sebenarnya?                  
📌Jangan merasa malu ketika mengatakan; _"Saya tidak tahu"_ di hadapan jemaah. Ini kerana fatwa dan hukum yang anda sampaikan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment